Sunday 22 April 2012

InNallah Hamakna



                 :: Rupanya masih ada yg Sayang ::
                        
Hidup ini penuh dengan kasih sayang...
Sama ada kita boleh merasa atau sebaliknya...

Dalam kesibukan kita mengurus kehidupan, akan tiba saat kita rasa sendirian dalam menghadapi hidup yang penuh seribu satu ragam. Dalam kesesakan jiwa, kita rasa kita tidak punya sesiapa, seakan-akan kita dibuang dari kamus kehidupan mereka yang wujud di sekeliling kita.

''Mereka tak pedulikan aku! Mereka tak sayangkan aku!" Hati meronta...

Itulah ujian perasan. Sebuah ujian yang kita akan hadapi dan bertarung setiap hari.
Nah, kita lupa. Saat kita bersendirian, kita bersedih... ada Allah yang terus setia menemani. Dia membelai jiwa kita dengan sebuah ujian. Bukan ujian untuk melemahkan, namun memberi sebuah kekuatan.

Ada kebenaran dalam lagu ini...

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

Indah bukan liriknya. Ya, Allah tahu dan Allah masih sayang kerana itu dikurniakan kita waktu untuk perbaiki matlamat kehidupan, diberikan waktu untuk kita perbaiki diri dengan menyedarkan kita melalui sebuah ujian.

Seharusnya capailah Al-Quran dan tanyalah diri, " Apa ya Allah ingin bicara padaku hari ini?"

"Katakanlah, "Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." [Al-An'am:162]

BicaraNya lagi

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." [ Ali-Imran:139]

Kemudian tanyalah diri

Did I live for Allah & His Messenger?
Did I really love Allah & His Messenger?
Did I matter to the Ummah?

Nah kalau inilah soalannya, kita tiada masa untuk berendam lama dalam sebuah kesedihan mahupun berpeluk tubuh dengan himpitan dunia dan terus hanyut dibawa keseronokan dunia. Kita akan menongkahnya. Bergerak maju dan terus melangkah hingga ke pintu syurga. Kita tidak selayaknya memikirkan kepentingan diri semata-mata tapi perlu lihat lebih jauh untuk Ummah Islam keseluruhannya.

Justeru, wahai temanku.. Kita punya tugas (^_^) Jangan risau, Allah masih sayang dan InsyaAllah masih ada lagi yang sayang kita. Cuma kita yang tidak sedar kehadiran mereka. Lihatlah kiri dan kanan. InsyaAllah akan ada...

La Tahzan. . Innallah hamakna . . Jangan Bersedih.. sesungguhnya Allah bersama kita. .=)
~CiK In~

Thursday 19 April 2012

Tazkirah Jumaat : 4 Golongan Yang Menerima Siksaan Berbeza Di Dalam Liang Lahad



Tazkirah Jumaat :
4 Golongan Yang Menerima Siksaan Berbeza Di Dalam Liang Lahad


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”


Ada orang kata.."nak berubah, tak boleh nak sikit-sikit, kena berubah terus menjadi "sempurna" sebab mati bila-bila masa"

Ya..betul, mati tak diduga oleh sesiapa, tapi nak berubah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia sangat sukar, nak menukar penampilan mahupun tabiat yang sekian lama kita amalkan..tiba-tiba nak bertukar kepada yang lain. Susah kan?              
"berubah itu tidak mudah". Sekiranya seseorang itu timbul kesedaran untuk berubah..itu sudah satu perkara yang sangat baik.

Jangan sekali-kali kita memandang rendah kepada mereka yang ingin mengubah dirinya menjadi lebih baik, mungkin suatu hari nanti..dia lebih "alim" berbanding kita.

Yang paling penting ialah pengakhiran hidup seseorang manusia..jadi tidak perlu sentiasa memandang rendah kepada orang lain. Bantu mereka, sokong mereka yang ingin berubah..tunjukkan jalan dan contoh tauladan yang baik.

Ramai manusia yang mungkin sudah hilang sifat "empati" dalam diri. Empati ialah dapat merasakan apa yang orang lain rasa. Ramai yang hanya tahu menghukum tetapi tak ramai yang tahu membantu..

Mereka yang ingin berubah..masih terkapai-kapai mencari arah dan jalan yang lurus, akibat daripada manusia yang tiada empati dalam diri..menyebabkan niat mereka untuk menjadi yang lebih baik "terbantut". Salah siapa?

"Kepada yang ingin berubah..carilah seseorang yang dapat memahami, menyokong, membantu diri mu. "

Teruskan BERUBAH !!
 ~Cik In~ =)
 





Tuesday 17 April 2012

PemiLik Tulang Rusukku . .


PEMILIK TULANG RUSUK KIRI KU. . SIAPA?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Siapa pemilik tulang rusukku ?



Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.



Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.



Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,

Siapa pemilik tulang rusukku ?


Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,


Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.



Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,

Siapa pemilik tulang rusukku ?


Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.



Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,



Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.



Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali



Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti..



insyaAllah  =)
~CiK In~




Friday 13 April 2012

BENGANG GRRRR ...



EPISOD : BENGANG

 Haa.. ni aku nak story episode  bengang aku… mana tak bengang weh . . dah 2 mggu tggu tmpat praktikal industry.. semua xdapat . . alih2 aku dpt tau tadi dia xsubmit pun resume bagai tu kat Hotel yg aku decide.. perghh memg bengang giler laa aku.. lpas tu coordinator tu saran kan aku praktikal kat Hotel Shangri La . . stahu aku hotel tu xbenarkan student pompuan pakai tudung… MEMANG TAKKAN LA !!!! free hair smata2 utk praktikal.. NEVER HAPPENED !!! laaa… xsggup aku . .sakitt ati aku ni . . kredit dah hbis byak tadi wat kol hotel… mana laa nak cari hotel yg nak guna dlm masa terdekat nih…. Umphhh . . bengang2… xsgka nak praktikal lbih sush drp nak cari keje . . org lain dh hmpir sminggu dh stat praktikal… aku still duk umah mcm org xbetul . . . risau tahap sangat!! . . Ya Allah jgn biarkan aku tergolong org yg berputus asa… kuatkn smangat ku utk hadapi semua ni.. aminnn.. sekian… ~Cik In~
 

Saturday 7 April 2012

APAM POLKADOT my 1st TRY.. =)


APAM POLKADOT  TIDAK BERAPA MENJADI


Pada  4 hb 4 yg lalu.. dengan perasaan rajin nya.. aku pun try laa buat apam polkadot yg menjadi femes sjak kbelakngan ini ..  tapi msa aku buat apam polkadot ni adalah sdikit gangguan drp Cik Iman… hahha.. tapi xper… aku truskan buat jugak kat dapor  dgn perasaan yg sabar dan tekun sekali .  .haha . . 1st  time aku buat ni . .  bila dah siap.. aku pun klik laa skit polkadot aku b4 masak.. nmpak OK.. tapi . . silapnya aku.. aku kukus dgn api yg besar. . lupa plak.. kne slowkn api upenyer.. kaler2 dia sume pecah.. dah xcantik mcm aku.. hahahha . .. tapi xper.. 1st try . . next  try aku cube lagi . . =) . .apam polkadot ni trut di bantu oleh Cik Iman dan Maa tersayang ..  hehehhe ... rindu kitchen kt kampus sbenarnya . . huhu . . 1st try CHEF ienn 

                              
                                ni before kukus . .. 


                     Apam polkadot yg tlah masak.. pecah kaler.. =’(


    
                      ni b4 masak.. bersedia utk kukus . .       


Haa.. ni dia recipe yg aku follow.. korunk bleh laa try . . =)

275 gm     tepung gandum
220 gm    gula halus
150 ml     susu segar/ susu cair
3 sudu      teh baking powder
3biji          telur
1 sudu kecil  ovellete  (yg kaler kuning tuu)
1 sUdu     assen vanilla
Filling (suka ati korunk blueberry ke.. strawberry ke..=) )
Pewarna ( depends pda korunk nk kaler aper.. )

Procedure :
1.   Pukul telur putih sampai kembang (merange)
2.   Masukkan ovellete, kuning telur & esen vanilla.Pukul hingga kembang lagi.
3.   Then masukkan gula , pkul hingga kmbang lagi . .
4.  Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dgn susu kmudian gaulkan.
5.  Bhagikn adunan kpda beberapa bhagian dan titiskn pewarna.
6.   Masukkn setiap warna dlm piping bag or plastic bersih.
7.  Picit adunan kdlam mangkuk kertas.
8.  Letakkn filling yg korunk gemari.
9.  Picit lagi adunan yg sama shingga penuh &
10.     dot dotkn dgn pwarna plihan.
11.   Kukus 10 hgga 15 minit shingga masak.
12.      Apa tggu lagi.. ngap jer laa.. hehhe

SELAMAT MENCUBA.. =)
~CHEF ienn ~



Friday 6 April 2012

Luahan Sekeping Hati . .

Assalamualaikum..



Lama sungguh aku tak update blog nih... kesian plak blog nih.. haha.. sorry wahai blog.. aku bz  hari tuh.. smpai aku abaikan engkau wahai blog.. eh pehal aku ni..haha.. by the way.. skang ni aku duk umah..hmm.. rindu pada maa abah iman n kucen2 tersayang sudah terubat..Alhamdulillah..love u olzz...hmm.. bagi aku.. blog ni sbagai tempat untuk aku luah perasaan aku.. yelah.. mcm2 telah berlaku.. xtahu pada saper nak mgadu.. atleast.. cipta blog sndri.. luah jer dlm ni.. tapi xder laa sampai nak mgutuk org . . kdang2 aku fikir.. slain maa abah n family aku.. ada x org yg sayang aku?? hmm ada iaitu my best frenz forever.. iaitu Nor Azizah Daud.. dialah sahabat..teman..rakan.. seperjuangn sejak kami dibangku skolah lagi.. wlaupun skarg kitorg berlainan universiti.. berlainan bidang.. kami tetap bersahabat kukuh..dialah tempat aku mgadu semua benda.. dialah tempat aku menangis duka..susah senang sentiasa dgnnya.. terima kasih wahai sahabat.. engkaulah sahabat dunia akhirat . . 

wassalam... =)








Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======
Terima kasih buat sahabat yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.


~Cik In~