Thursday 19 April 2012

Tazkirah Jumaat : 4 Golongan Yang Menerima Siksaan Berbeza Di Dalam Liang Lahad



Tazkirah Jumaat :
4 Golongan Yang Menerima Siksaan Berbeza Di Dalam Liang Lahad


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”


Ada orang kata.."nak berubah, tak boleh nak sikit-sikit, kena berubah terus menjadi "sempurna" sebab mati bila-bila masa"

Ya..betul, mati tak diduga oleh sesiapa, tapi nak berubah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia sangat sukar, nak menukar penampilan mahupun tabiat yang sekian lama kita amalkan..tiba-tiba nak bertukar kepada yang lain. Susah kan?              
"berubah itu tidak mudah". Sekiranya seseorang itu timbul kesedaran untuk berubah..itu sudah satu perkara yang sangat baik.

Jangan sekali-kali kita memandang rendah kepada mereka yang ingin mengubah dirinya menjadi lebih baik, mungkin suatu hari nanti..dia lebih "alim" berbanding kita.

Yang paling penting ialah pengakhiran hidup seseorang manusia..jadi tidak perlu sentiasa memandang rendah kepada orang lain. Bantu mereka, sokong mereka yang ingin berubah..tunjukkan jalan dan contoh tauladan yang baik.

Ramai manusia yang mungkin sudah hilang sifat "empati" dalam diri. Empati ialah dapat merasakan apa yang orang lain rasa. Ramai yang hanya tahu menghukum tetapi tak ramai yang tahu membantu..

Mereka yang ingin berubah..masih terkapai-kapai mencari arah dan jalan yang lurus, akibat daripada manusia yang tiada empati dalam diri..menyebabkan niat mereka untuk menjadi yang lebih baik "terbantut". Salah siapa?

"Kepada yang ingin berubah..carilah seseorang yang dapat memahami, menyokong, membantu diri mu. "

Teruskan BERUBAH !!
 ~Cik In~ =)
 





No comments:

Post a Comment